- Lain-lain
AS Digesa Tarik Balik Pelan Penjualan Senjata kepada Taiwan
China menggesa Amerika Syarikat (AS) menaati prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, menarik balik pelan penjualan senjata kepada Taiwan dengan serta merta, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Khamis.
Menurut laporan, Jabatan Negara AS meluluskan draf penjualan senjata bernilai kira-kira USD500 juta kepada Taiwan, termasuk sistem mencari dan mengesan jet pejuang F-16 dan kelengkapan lain.
Wang Wenbin menyatakan bahawa penjualan senjata AS kepada Taiwan melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, khususnya "Kenyataan 17 Ogos". Ia juga bercanggahan dengan undang-undang antarabangsa dan norma asas hubuangan antarabangsa, menjejaskan kedaulatan wilayah dan kepentingan keselamatan China serta keamanan dan kestabilan di perairan Selat Taiwan. Tindakan AS itu memberikan isyarat salah kepada kumpulan pemisah 'kemerdekaan Taiwan'. China menentang dan menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pelan AS yang salah itu.