- Lain-lain
China, Iraq Sambut Ulang Tahun ke-65 Hubungan Diplomatik
Majlis sambutan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Iraq diadakan di Baghdad pada Ahad.
Duta Besar China ke Iraq, Cui Wei dalam ucapannya berkata kedua-dua negara sentiasa saling memahami, saling mempercayai dan saling menyokong, menyaksikan hubungan bilateral terus berkembang dengan lancar.
Menurut beliau, di bawah bimbingan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), perusahaan China terlibat secara meluas dalam pembinaan infrastruktur di Iraq termasuk bidang minyak, elektrik dan sekolah.
"Ia memberikan sumbangan besar kepada penambahbaikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Iraq.
"China bersedia bersama-sama Iraq memperkukuh persahabatan tradisional dan membuka masa depan lebih cerah untuk perkongsian strategik yang sedia terjalin," kata Cui.
Timbalan Menteri bagi Hubungan Bilateral Iraq, Mohammed Hussein Bahr Al-Uloom pula berkata hubungan antara Iraq dengan China berkembang pesat berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan sepanjang 65 tahun lalu.
"Kesalingpercayaan politik antara kedua-dua negara terus meningkat, dan kerjasama serta pertukaran dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan positif.
"Hubungan Iraq-China menunjukkan momentum perkembangan yang kukuh," ujar beliau.