- Lain-lain
China-Korea Selatan Bincang Hubungan, Kerjasama Dua Hala
Korea Selatan diharap mengukuhkan autonomi strategik dan menolak tindakan anti-globalisasi serta cubaan 'cantas hubungan'.
Harapan itu diluahkan Menteri Luar China Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Park Jin menerusi telefon pada Khamis.
Wang berkata pembangunan hubungan China-Korea Selatan mempunyai daya penggerak dalaman serta logik yang tidak dapat dielakkan, dan ia tidak boleh dipengaruhi oleh pihak ketiga.
Dua negara itu harus mengekalkan hala tuju kerjasama muhibah, terus meningkatkan persefahaman dalam kalangan rakyat, berwaspada terhadap gangguan daripada faktor luaran, dan mengelak daripada konfrontasi ideologi.
Sinergi perlu dibentuk bagi memantapkan hubungan dua hala, sekali gus membuka lembaran baharu kerjasama bilateral yang lebih mampan, berdaya tahan dan rapat buat tiga dekad akan datang, kata Wang.
Park Jin pula berkata pihaknya ingin mempererat interaksi peringkat tinggi dengan China, di samping merapatkan pertukaran sosiobudaya, meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, dan aktif membina hubungan dua hala yang sihat dan matang.
Beliau turut menegaskan pendirian bahawa Korea Selatan tiada niat melakukan 'cantas hubungan' yang menyasarkan negara tertentu dalam isu membabitkan rantaian pengeluaran dan bekalan.
Tambah beliau, Korea Selatan bersedia untuk memperkasakan kolaborasi yang saling menguntungkan dengan China, mengekalkan kestabilan dan kelancaran rantaian pengeluaran dan bekalan, dan bersinergi mamacu pertumbuhan ekonomi serantau.