- Lain-lain
Pameran Buluh Jadi Tumpuan di CIFTIS
Bertemakan "Ganti Plastik dengan Buluh, Kurangkan Penggunaan Plastik dan Pelepasan Karbon", pelbagai barangan yang diperbuat daripada buluh seperti basikal, bola sepak, papan kekunci, tetikus, serta beg tangan sedang dipamerkan di Pusat Konvensyen Kebangsaan Beijing sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023.
Difahamkan, pameran barangan tersebut adalah bertujuan untuk memperlihatkan potensi besar penggunaan buluh sebagai pengganti kepada plastik dan ia turut meraih perhatian pengunjung yang hadir.
Sebagai sumber boleh dikitar semula, buluh hanya memerlukan tempoh masa dua hingga enam bulan untuk degradasi berbanding plastik yang memerlukan ratusan tahun.
Untuk rekod, kerajaan China dan Pertubuhan Buluh dan Rotan Antarabangsa (INBAR) melancarkan inisiatif dan pelan tindakan global mengenai“ganti plastik dengan buluh” pada 7 November 2022.
Objektif utamanya adalah untuk mengumpulkan sumber dan tenaga pelbagai pihak supaya bersama-sama menangani pencemaran plastik dan perubahan iklim.
Selepas itu, INBAR turut bergembleng tenaga dengan pelbagai negara anggota untuk membuat penyelidikan bagi mencari kemungkinan pelaksanaan inisiatif tersebut.