• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Xinjiang Sambut Tuaian “Makanan Laut”

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 06 September 2023

    Beberapa hari ini, “Selamat menikmati makanan laut di Xinjiang” menjadi carian hangat di media sosial di China.

    Akhir-akhir ini, Xinjiang menyambut tuaian besar “makanan laut”. Ikan salmon, ikan tilapia dan udang kaki putih dijual ke pasar seluruh negara bahkan Rusia dan Singapura.

    Di kaunti Makit, Kashgar, udang krai ternakan tempatan telah mula diedarkan ke pasar. Biasanya setiap satu seberat 100 hingga 200 gram. Tahun-tahun kebelakangan ini, kaunti Makit memperkenalkan spesies ini dari provinsi Shandong dan menternak secara besar-besaran.

    (Foto ihsan Pusat Media Bersepadu kaunti Makit)

    (Foto ihsan Pusat Media Bersepadu kaunti Makit)

    Di kaunti Qapqal Xibe, Ili pula, para penternak sibuk menangkap udang galah. Udang galah berasal dari Asia Tenggara dan agak cerewet terhadap kualiti air, makanan dan iklim. Persekitaran tempatan menyediakan tempat pembiakan yang cukup baik untuk menternak udang galah.

    (Foto ihsan Pusat Media Bersepadu kaunti Qapqal Xibe)

    (Foto ihsan Pusat Media Bersepadu kaunti Qapqal Xibe)

    Di daerah Midong, Urumqi, penternak udang kaki putih juga sibuk memilh, menimbang dan membungkus udang kaki putih yang baru ditangkap. Penternak tempatan, Wang Jinghui memaklumkan, mereka telah membeli 3.3 juta anak benih udang tahun ini. Pengeluaran per mu (1 mu bersamaan dengan 0.067 hektar) kira-kira 650 kilogram dan jumlah pengeluaran tahunan dianggarkan kira-kira 45 tan.

    (Foto ihsan Pusat Media Bersepadu daerah Midong)

    (Foto ihsan Pusat Media Bersepadu daerah Midong)

    Sementara itu, penternak ketam di kaunti Bohu dan bandar Shihezi juga gembira menyambut musim penuaian ketam sejak pertengahan Ogos.

    Wilayah Autonomi Xinjiang yang terletak di kawasan pendalaman tanah besar Eurasia biasanya dikenali sebagai “tempat yang paling jauh dari laut”. Namun kaunti Nilka malah menjadi tempat ideal untuk menternak ikan air sejuk. Ini adalah berkat suhu air berkedalaman lebih enam meter di Sungai Kax yang kekal di bawah 10°C sepanjang tahun.

    Selain daripada kelebihan semula jadi, wilayah Xinjiang juga giat mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk menternak ikan tilapia, udang kaki putih, udang harimau, ketam bakau, ikan siakap, ikan kerapu dan sebagainya.?

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>