- Lain-lain
Pertumbuhan Ekonomi Serantau, Tumpuan Sidang Kemuncak ASEAN ke-43
ASEAN diseru membangunkan diri menjadi batu asas kerjasama, kemakmuran, kedamaian dan kestabilan.
Demikian dinyatakan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia pada Selasa.
Beliau berkata, perpaduan ASEAN boleh kelihatan dalam masyarakat yang berbilang budaya, kaum, bahasa dan agama di mana rakyat hidup secara harmoni. Kesamarataan merupakan nilai teras yang diamalkan oleh ASEAN yang bersedia merealisasikan kedamaian dan kemakmuran dengan pelbagai pihak yang lain. ASEAN menyasarkan kedudukan sebagai hab pertumbuhan. Sehubungan itu, pelbagai negara anggotanya diharap meningkatkan usaha dan penyelarasan dengan lebih berani dan pantas.
"ASEAN Matters: Epicentrum of Growth" merupakan tema yang ditetapkan Indonesia selaku negara pengerusi bergilir, untuk sidang kemuncak ASEAN edisi tahun ini, dengan harapan agar ASEAN mempertahankan kedudukan sebagai pusat pembangunan ekonomi serantau yang mengekalkan pertumbuhan cepat, inklusif dan lestari.
Dalam tempoh dari 5 hingga 7 September, Sidang Pemimpin China-ASEAN Ke-26, Sidang Pemimpin ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan Ke-16 serta Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-18 juga diadakan.