- Lain-lain
Perhimpunan Agung PBB ke-78 Buka Tirai
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-78 membuka tirai di ibu pejabat PBB di New York semalam.
Pengerusi Dennis Francis menyeru negara anggota PBB agar menyelesaikan masalah dan cabaran global melalui semangat multilateralisme yang sebenar demi perlindungan keselamatan dan maruah manusia.
Dennis Francis dalam upacara pembukaan mengatakan, perhimpunan kali ini diadakan dalam situasi "menghadapi siri cabaran yang semakin buruk". Oleh itu, beliau menyeru negara anggota memberi hak dan kepentingan kepada golongan paling lemah untuk mencapai keamanan, menyelaraskan penggunaan sumber tenaga untuk memperoleh kemakmuran bersama, mementingkan golongan muda, dan menggunakan inovasi dan teknologi untuk mempergiat pembangunan.
Sebelum ini, Perhimpunan Agung PBB ke-77 menutup tirai pada hari yang sama. Pengerusi Perhimpunan Agung PBB ke-77, Korosi Csaba telah menyampaikan ucapan, dan seterusnya Dennis Francis mengangkat sumpah untuk menyandang jawatan Pengerusi Perhimpunan Agung PBB penggal baharu.