- Lain-lain
PM Li Hadiri Sidang Kemuncak G20 ke-18
Kumpulan 20 (G20) diharap terus berpegang pada visi dan misi mengenai solidariti dan kerjasama, serta memikul tanggungjawab yang serasi dengan perkembangan zaman ini yang berorientasikan kedamaian dan pembangunan.
Demikian ucapan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam Sidang Kemuncak G20 ke-18 yang diadakan di New Delhi, India semalam.
"Kita perlu memperhebat penyelarasan dalam pelaksanaan dasar ekonomi makro, dan meningkatkan perkongsian dalam mendorong pemulihan ekonomi global, memelihara kestabilan dan kelancaran industri bekalan demi globalisasi ekonomi, menjaga Bumi yang hijau yang patut dilihat sebagai kampung halaman untuk semua umat manusia, memperhebat pembangunan karbon rendah dan melindungi ekosistem laut demi pembangunan lestari, ujar Li.
"Sehubungan itu, yang patut kita perjuangkan bukan pemecahbelahan, konfrontasi dan pengasingan, melainkan solidariti, kerjasama dan inklusif," katanya.
Sementara itu, PM Li juga menegaskan bahawa China akan teguh memperdalam pembaharuan, meningkatkan tahap keterbukaan, menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dan modenisasi ala China, di samping bersedia bersama dengan pelbagai pihak menyumbang lebih besar demi Bumi, kampung halaman milik seluruh manusia dan masa depan sesama insan.
Dalam perkembangan lain, para hadirin mengalu-alukan keanggotaan Kesatuan Afrika dalam G20 yang keputusannya disifatkan sebagai penentu arus zaman dunia ini. Negara anggotanya diharap menjalin hubungan rakan, mengambil tindakan substantif dan menerapkan segala sumber untuk mempopularkan tranformasi karbon rendah dalam menyahut cabaran global termasuk perubahan iklim, keselamatan sumber tenaga dan bijirin, dan mempercepat pertumbuhan yang kuat, lestari, seimbang dan inklusif demi masa depan lebih cerah.
- PM Li Akan Hadiri Sidang Kemuncak G20 ke-18
- Qin Gang: G20 Digesa Memikul Tanggungjawab Menyumbang kepada Pembangunan dan Kemakmuran Dunia
- Qin Gang Bakal Hadiri Sidang Menteri Luar G20
- Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi
- G20 Perlu Galas Tanggungjawab, Perjuangkan Pembangunan Global: Xi
- Presiden Xi Tiba di Indonesia
- Presiden Xi Jinping akan Tiba di Indonesia
- China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia
- Kapal “Peace Ark” Lawat Jakarta
- China Seru Wujudkan Persekitaran Perdagangan dan Perlaburan yang Adil, Terbuka, Tanpa Diskriminasi