- Lain-lain
China Puji Usaha Sri Lanka dalam Perlindungan Hak Asasi Manusia
China memuji usaha Sri Lanka dalam memajukan dan melindungi hak asasi manusia, di samping menyeru Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) memainkan peranan sewajarnya bagi mendorong dialog membina dan kerjasama.
Demikian dinyatakan oleh wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu ketika berucap pada sesi ke-54 UNHRC mengenai laporan hak asasi manusia Sri Lanka.
Beliau menyatakan, China memuji usaha Sri Lanka dalam perlindungan hak asasi manusia, termasuk mendorong perdamaian dan pembinaan semula, membanteras keganasan, menjamin hak dan kepentingan golongan lemah, mempergiat pemulihan ekonomi, membaiki kehidupan rakyat dan lain-lain.
Sementara itu, beliau turut menzahirkan sokongan China kepada Sri Lanka dalam menjaga kemerdekaan dan kedaulatan negara, memelihara ketenteraman masyarakat, serta meningkatkan pembangunan sosioekonomi.