- Lain-lain
Shenyang Umum 151,000 Jawatan Kosong di Beijing
Setiausaha Kumpulan Kepimpinan PKC dan juga Pengarah Biro Sumber Manusia dan Jaminan Sosial Shenyang, Wang Zhigang mengumumkan jawatan kosong dan dasar bakat terkini pada sidang media. |
Pada 12 September, Shenyang, bandar di timur laut China, menganjurkan sidang media mengenai Persidangan Pertukaran Bakat Asia Timur Laut (Shenyang) 2023 dan Forum Presiden Universiti 2023 di Beijing. Setiausaha Kumpulan Kepimpinan PKC yang juga Pengarah Biro Sumber Manusia dan Jaminan Sosial Shenyang, Wang Zhigang mengumumkan jawatan kosong dan dasar bakat terkini pada sidang media itu.
Persidangan Pertukaran Bakat Asia Timur Laut (Shenyang) 2023 dan Forum Presiden Universiti 2023 akan berlangsung di Shenyang pada bulan Oktober. Sebanyak 7,701 perusahaan akan mengumumkan 151,000 jawatan kosong. 163 perusahaan milik kerajaan pusat dan syarikat awam tersenarai menawarkan banyak jawatan bergaji tinggi termasuk lebih 6,000 jawatan kosong dengan gaji tahunan melebihi 300,000 yuan (kira-kira 193,000 ringgit).
Tahun-tahun kebelakangan ini, Shenyang terus memperbaik sistem dasar berkaitan bakat, terutamanya bakat saintifik dan teknologi, dengan menawarkan insentif dari 500,000 hingga 5 juta yuan, peruntukan penyelidikan dari 700,000 hingga 1.1 juta yuan dan juga subsidi pembelian rumah.