- Lain-lain
China Kekal Rakan Dagang Terbesar bagi ASEAN Selama 14 Tahun
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat, dan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden Xi Jinping, dan juga ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC). Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN berkembang mantap pada masa ini.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata demikian ketika mengulas tentang harapan China terhadap Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 dan sidang kemuncak perniagaan dan pelaburan China-ASEAN, dalam sidang media pada Khamis.
Mao berkata, China kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 14 tahun berturut-turut, manakala kedua-dua pihak saling menjadi rakan dagang terbesar untuk tiga tahun lalu. Jumlah perdagangan kedua-dua pihak mencecah USD970 bilion pada 2022, menokok 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dalam siri mesyuarat pemimpin kerjasama Asia Timur yang diadakan baru-baru ini, Perdana Menteri China Li Qiang dan pemimpin pelbagai negara ASEAN telah mencapai konsensus untuk membina kampung halaman bersama yang damai, aman, makmur, indah dan bersahabat.