- Lain-lain
HSR Jakarta-Bandung Permudah Pergerakan Rakyat, Pacu Pertumbuhan Ekonomi
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta–Bandung diyakini dapat mempermudah pergerakan penduduk Indonesia sambil membantu mencungkil potensi pertumbuhan ekonomi tempatan, kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning.
Rabu lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menaiki kereta api itu yang sedang dalam ujian perjalanan dengan diiringi beberapa anggota Kabinet.
Jokowi berkata China kaya dengan pengalaman membina HSR yang dilengkapi teknologi canggih.
Beliau berharap operasi HSR itu dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran di Jakarta, serta menggalakkan lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.
Untuk itu, Mao menyatakan HSR Jakarta–Bandung merupakan projek ikonik usaha sama China dan Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Menurut beliau, ia merupakan HSR buatan China yang pertama dieksport ke luar negara, dengan seratus peratus menggunakan teknologi dan piawaian China.
"Kereta api laju itu hasil sinergi China dan negara serantau ke arah modenisasi. Ia akan turut menaik taraf pembangunan kesalinghubungan di rantau ini," kata Mao.