- Lain-lain
Xi Balas Surat kepada Pensyarah, Mahasiswa Universiti Timur Laut
Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Universiti Timur Laut sempena ulang tahun ke-100 penubuhan universiti itu menerusi surat balasnya kepada pensyarah dan mahasiswa universiti itu pada hari ini.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyatakan bahawa Universiti Timur Laut telah mendidik dan memupuk sejumlah besar bakat yang cemerlang dan memberi sumbangan besar kepada bangsa dan negara.
Xi melahirkan harapan agar Univerisit Timur Laut terus melaksanakan sepenuhnya dasar pendidikan Parti, meneruskan tradisi gemilang patriotisme, memperkukuh pembaharuan dan inovasi, menumpukan kepada keperluan strategik negara hingga memberikan sumbangan baharu demi mempromosikan kebangkitan kawasan timur laut dan pemodenan ala China.