- Lain-lain
Pertandingan Klip Video Kerjasama Persahabatan China-ASEAN ke-4 Buka Tirai
Majlis pembukaan untuk Pertandingan Klip Video Kerjasama Persahabatan China-ASEAN ke-4 yang bertemakan "eratkan ikatan hati, cipta impian masa depan" telah diadakan secara hibrid pada 14 September lalu.
Karya klip video yang diserahkan ke pertandingan kali ini mempunyai kaitan dengan pembangunan hijau, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), cerita kisah kalangan rakyat, teknologi pintar dan kerjasama persahabatan kalangan rakyat China-ASEAN. Koleksi klip video yang berbilang cara dan bahasa itu dijangka boleh memberi faedah kepada interaksi sosiobudaya China dengan pelbagai negara ASEAN di samping mempergiat kerjasama kedua-dua pihak.
Naib Ketua Setiausaha ASEAN, H.E. Ekkaphab Phanthavong, dalam ucapannya menyatakan bahawa pemimpin China dan ASEAN dalam mesyuarat pemimpin China-ASEAN ke-26 telah menekankan peri pentingnya interaksi sosiobudaya. Beliau yakin pertandingan kali ini akan memberi sumbangan penting dalam meningkatkan persefahaman antara rakyat terutama di golongan belia di samping menyuntik daya dinamik yang baharu ke hubungan kedua-dua pihak.
Sejak diinisiatif pada 2020, Pertandingan tersebut sebagai satu program tajaan Tabung Kerjasama China-ASEAN, telah menyaksikan penglibatan lebih 70 ribu judul klip video yang temanya melibatkan kerjasama persahabatan China-ASEAN, dan berkembang menjadi satu temasya yang berprestij dalam kerjasama pertukaran sosiobudaya kedua-dua pihak.
Turut hadir, wakil tetap Myanmar di ASEAN, Duta Besar Aung Myo Min, Duta Besar China di ASEAN, Hou Yanqi, bekas pemenang Pertandingan dan wakil golongan remaja.