- Lain-lain
PM China Temui Naib Presiden Indonesia
Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia, Ma'ruf Amin di Nanning pada Sabtu.
Li dalam pertemuan itu berkata, China bersedia bersinergi dengan Indonesia melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Chengdu, memperkukuh kesalingpercayaan politik, teguh menyokong satu sama lain serta meningkatkan kualiti, taraf dan keberkesanan pembinaan komunti berkongsi nasib sesama negara.
Beliau menzahirkan hasrat untuk memperkasa kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), merapatkan pertukaran sosiobudaya dan mendorong ikatan dua hala ke arah membuahkan lebih banyak hasil yang saling menguntungkan.
Beliau turut menyatakan komitmen China untuk memperkasa kolaborasi multilateral dengan Indonesia, bersama-sama memelihara solidariti ASEAN serta kedudukan pusat blok itu, selain mengekalkan hala tuju betul kerjasama Asia Timur.
Ma'ruf pula menyatakan hasrat pihaknya untuk memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang seperti ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya, di samping meningkatkan penyelarasan dan kolaborasi dalam urusan multilateral.
Indonesia juga bersedia melonjakkan perkongsian strategik komprehensif dengan China ke tahap baharu, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.