- Lain-lain
AS Tidak Layak Tuding Jari Usaha China Hapus Dadah
China mengemukakan bantahan keras susulan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melabelkan China sebagai 'negara sumber dadah utama'.
Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning menyelar tuduhan berkenaan tidak berasas dengan niat untuk memburuk-burukkan imej China.
Mao berkata kerajaan China sentiasa mementingkan usaha memerangi dadah.
China meletakkan 456 jenis bahan narkotik dan psikotropik di bawah kawalan, sekali gus menjadikannya negara yang melaksanakan langkah kawalan narkotik paling ketat di dunia.
Di samping itu, China menyenaraikan 38 jenis bahan kimia prekursor terkawal, 14 jenis lebih banyak berbanding yang dikawal selia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Keadaan sebaliknya berlaku di AS, kata Mao sambil menambah bahawa AS yang populasinya menduduki 5 peratus daripada keseluruhan dunia menggunakan sebanyak 80 peratus ubat opioid dihasilkan di dunia.
"Ia sekali gus menjadikan negara itu 'lubang gelap' dalam usaha membanteras dadah di peringkat sejagat.
"AS tidak layak menuding jari terhadap usaha China menghapuskan dadah," tegas Mao semasa sidang media di Beijing pada Isnin.