- Lain-lain
Ekspo China-Arab Diserikan Kehadiran Lebih 1,000 Pempamer
Ekspo China-Arab ke-6 yang bertemakan“berganding bahu pada era baharu, memegang peluang baharu dan berkongsi masa depan yang baharu”dirasmikan di bandar Yinchuan hari ini.
Sebagai platform penting dalam pembinaan bersama China dan negara-negara Arab dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), temasya ekspo anjuran kerajaan wilayah Ningxia tersebut berfokus kepada ekonomi, perdagangan, peluang perniagaan dan penjenamaan.
Promosi kerjasama baharu yang melibatkan industri hijau dan karbon rendah, ekonomi digital, perubatan dan kesihatan, beserta pendekatan yang baharu seperti kajian dan tinjauan fizikal boleh didapati di tapak pameran yang terdiri daripada empat zon, iaitu zon profesional, antarabangsa, domestik dan wilayah Ningxia.
Menurut maklumat berkenaan, lebih 10,000 orang ahli politik dan tetamu agung dari 56 buah negara dan lebih 1,000 syarikat dari dalam dan luar China sudah menunjukkan keinginan besar untuk menyertai aktiviti ekspo kali ini atau meningkatkan penyelarasan dalam kerjasama selanjutnya. Mereka yang datang dari kalangan industri dan perniagaan dan sektor korporat menempati lebih 80% keseluruhan jumlah peserta.
Untuk rekod, temasya pameran dwitahunan itu adalah hasil kerjasama dan pembinaan bersama China dan negara-negara Arab yang berorientasikan global. Sejak edisi pertamanya pada tahun 2013, Eskpo China-Arab telah menyaksikan penglibatan lebih 6,000 syarikat pempamer dari lebih 100 buah negara dan kawasan, dan termeterainya lebih 1,200 projek kerjasama yang melibatkan pertanian moden dan teknologi canggih.
Serentak itu, jumlah rakan dagang yang menceburkan diri dalam kerjasama China -Arab kian meningkat, sedangkan peranan Ekspo sebagai platform atau jambatan ekonomi dan perdagangan juga semakin menonjol.
- Persidangan Usahawan ke-10 China-Arab Diadakan di Riyadh
- China, Arab Saudi Bina Kilang Plat Tebal Proses Penuh Berkarbon Rendah
- Utusan Khas China Temu Diplomat Negara Arab
- Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Iran Dialu-alukan
- Laksanakan Hasil Sidang Kemuncak China-Arab demi Pembangunan Bersama
- Menteri Luar China Bakal Lawat Afrika dan Arab
- Kerjasama China-GCC Lebih Dinamik
- Hubungan UAE, Arab Saudi Kukuh dan Mampan
- Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi
- Semarakkan Semangat Muhibah, Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab