• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    CAEXPO Ke-20 Bawa Makna Besar, Sedia Peluang Berprofil Tinggi – PM Malaysia

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 September 2023

    Oleh Ahmad Syukri Azmi (People's Daily Online)

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 sebagai sangat bermakna, dan menyatakan bahawa negara-negara anggota telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada acara itu.

    Semasa lawatannya pada 17 September di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China, beliau berkata CAEXPO mempamerkan keupayaannya dalam menyediakan peluang berprofil tinggi kepada para peserta untuk mendekati komuniti pelaburan dan perniagaan China, khususnya bagi menarik perhatian dalam sektor tertentu seperti makanan, penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perubatan dan logistik.

    “Sepanjang CAEXPO edisi yang lalu, syarikat syarikat Malaysia telah mencapai hasil yang membanggakan di pasaran China dan ASEAN dan pada tahun ini, saya optimis CAEXPO akan terus berfungsi sebagai pemangkin untuk perniagaan Malaysia, memupuk kerjasama perdagangan, dan merangsang pemulihan ekonomi dengan anggaran KPI tahun 2023 sekurang-kurangnya USD117.2 juta (RMB 854.7 juta),” kata Anwar.

    Untuk rekod, China mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar ASEAN sejak 2009, manakala ASEAN juga menjadi rakan dagang terbesar China selama tiga tahun berturut-turut sejak 2020. Pelaburan Langsung Asing (FDI) mengalir dari China ke ASEAN berjumlah lebih USD15 bilion pada 2022, seterusnya meletakkan China sebagai sumber FDI keempat terbesar dalam kalangan Rakan Dialog ASEAN.

    Dalam lawatannya kali ini, iaitu lawatan kedua beliau ke China selepas April lalu, Anwar menghadiri Majlis Perasmian CAEXPO ke-20 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama-sama dengan Perdana Menteri Li Qiang dan pemimpin tertinggi negara anggota ASEAN; menyampaikan ucaptama semasa Majlis Perasmian CAEXPO ke-20; merasmikan Pembukaan Pavilion Pameran ‘Malaysian Pavillion’ dan memperkenal buah nangka dari Malaysia kepada peserta CAEXPO dan pasaran di China; selain turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Li Qiang.

    “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Republik Rakyat China atas layanan yang sangat baik kepada saya dan delegasi, walaupun hanya berlangsung kurang daripada 13 jam. Lawatan ini telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada dan mempamerkan langkah konkrit ke arah meluaskan dan memperkukuh kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah ini,” kata Anwar sebelum mengulangi jemputan kepada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang untuk mengadakan lawatan negara dan lawatan rasmi. masing-masing ke Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun depan.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>