- Lain-lain
China Keluarkan Kertas Putih Huraikan Konsep Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih yang bertajuk "Berganding Tangan Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan: Anjuran dan Tindakan China", hari ini.
Menurut kertas putih itu, pada sepuluh tahun lalu, Presiden China Xi Jinping menganjurkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi memberikan jawapan kepada soalan "ke manakah manusia", di samping menyediakan pelan China untuk bersama-sama melindungi Bumi dan berkongsi kemakmuran pada masa depan.
"Komuniti berkongsi nasib sesama insan bermakna nasib dan masa depan setiap bangsa, negara dan individu adalah bersangkut.
"Dalam sepuluh tahun lalu, konotasi tersebut terus kian dikembang dan disempurnakan, dan mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa," kata kertas putih itu.
Menurut kertas putih tersebut, konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan telah menjangkaui egoisme dan amalan perlindungan, memecah mentaliti hegemoni sesetengah negara, memaparkan pandangan China terhadap arah pengembangan umat manusia, dan amat bermakna bagi menggalakkan perpaduan dan kerjasama pelbagai negara.
- Li Qiang, Guterres Adakan Pertemuan
- Xi Hadir Upacara Perasmian Universiade, Seru Tingkatkan Kesatupaduan Melalui Sukan
- China Bersedia Ganding Bahu, Promosi Nilai Bersama Umat Manusia - Xi
- Menteri Luar China Seru Pergiatkan Kerjasama China-Afrika
- China Sokong Peranan Konstruktif PBB dalam Isu Antarabangsa dan Serantau
- Laporan Rumus Pelaksanaan Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- Ulang Tahun Ke-10 Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Anjuran Xi
- Setiausaha Agung ASEAN: Intensifkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif dengan China
- “Seliang Bagai Tebu, Serumpun Bagai Serai”