- Lain-lain
Sidang Pertukaran Pengalaman mengenai Pengoptimuman Persekitaran Perniagaan 2023 Dianjurkan di Ordos, Mongolia Dalam
Sidang Pertukaran Pengalaman mengenai Pengoptimuman Persekitaran Perniagaan 2023 diadakan di Ordos, Mongolia Dalam pada 22 September. (People's Daily Online/Liu Yilin) |
Sidang Pertukaran Pengalaman mengenai Pengoptimuman Persekitaran Perniagaan 2023 anjuran bersama People’s Daily Online, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan Kerajaan Ordos diadakan di Ordos, Mongolia Dalam pada 22 September.
Ma Li, Presiden Persatuan Sains Polisi China yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarang People's Daily, dalam ucapannya menggesa agar para peserta menimba pengalaman dalam usaha mengoptimumkan persekitaran perniagaan, bertukar pendapat dan menginovasi mekanisme kerja.
Ye Zhenzhen, pengerusi dan presiden People's Daily Online menyuarakan hasrat untuk menerokai lebih lanjut pengalaman mengoptimumkan persekitaran perniagaan seluruh negara agar mewujudkan persekitaran berkelas tinggi yang berorientasi pasaran, berasaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.
Du Huiliang, datuk bandar Ordos berjanji akan mengambil kesempatan daripada sidang ini untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaan. Beliau turut menetapkan matlamat untuk memajukan Ordos ke barisan hadapan dari aspek persekitaran perniagaan di peringkat negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Keluaran Dalam Negara Kasar Ordos juga akan ditingkatkan ke peringkat satu trilion yuan (kira-kira 640 bilion ringgit) dalam tempoh lima tahun.
Sidang Pertukaran Pengalaman mengenai Pengoptimuman Persekitaran Perniagaan 2023 diadakan di Ordos, Mongolia Dalam pada 22 September. (People's Daily Online/Liu Yilin) |
- China Mahu Optimumkan Lagi Persekitaran Bagi Tarik Pelaburan Asing
- Aliran Masuk Modal Asing ke China Terus Meningkat
- China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi
- China Kekal Jadi Destinasi Hangat Pelaburan Asing
- Pelaburan China di Seberang Laut Naik 5.2% pada 2022
- Penggunaan Sebenar Modal Asing Naik 6.3%
- AIIB Sambut Ulang Tahun ke-7, Kini Kelola Projek di 33 Negara
- Nilai Kontrak Pelaburan Asing di China Meningkat 9.9%
- China Kekal Tumpuan Pelaburan Syarikat Asing
- Pelaburan Asing di China Meningkat 16.4% pada Januari hingga Ogos