- Lain-lain
Nostalgia Xi Jinping Terhadap Rakyat dan Negara Sempena Pesta Kuih Bulan
Hari ini merupakan Pesta Kuih Bulan, perayaan tradisional China. Selama beribu-ribu tahun, pesta ini membawakan aspirasi orang China terhadap penyatuan dan keharmonian, serta rasa rindu terhadap keluarga di kampung halaman.
Presiden China Xi Jinping sering menyebut tentang kampung halamannya.
Sempena sambutan Pesta Kuil Bulan pada September 2013, Presiden Xi menyampaikan ucapan bertajuk "Membina bersama 'Jalur Ekonomi Jalan Sutera'" di Universiti Nazarbayev Kazakhstan. Beliau memberitahu para pensyarah dan mahasiswa universiti itu bahawa kampung halamannya di Shaanxi betul-betul terletak di titik permulaan Jalan Sutera purba.
Pada 13 Februari 2015, Xi Jinping kembali ke Kampung Liangjiahe, provinsi Shaanxi untuk mengunjungi penduduk di sana.
Pada 2013, apabila Xi Jinping melawat Costa Rica dan mengunjungi rumah petani tempatan, beliau menceritakan tentang pengalamannya sebagai petani di Liangjiahe.
Kaunti Zhengding di provisi Hebei, juga merupakan "kampung halaman" yang sering dirindui Xi Jinping. Pada musim bunga 1982, Xi Jinping menolak pekerjaan yang baik di Beijing dan pergi bekerja di kaunti Zhengding yang agak miskin pada masa itu. Dalam tiga tahun berikutnya, beliau melakukan banyak kerja rintis di kaunti itu dan dipilih sebagai "pemimpin tertinggi" Zhengding iaitu Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Zhengding.
Pada tahun 1983, Xi Jinping (depan, tengah), setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China kaunti Zhengding, duduk di tepi jalan untuk mendengar pendapat rakyat tempatan.
Sejak 1985, Xi Jinping telah berkhidmat di provinsi Fujian selama 17 setengah tahun dan menyifatkan Fujian sebagai satu lagi kampung halamannya.
Pada 24 Mac 2021, Xi Jinping melambaikan tangan kepada orang awam semasa meninjau ke Taman Desa Bandar Fushan di bandar Fuzhou, ibu kota provinsi Fujian.
?
Pada 23 September tahun ini, beberapa hari sebelum Pesta Kuih Bulan, Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan mengadakan jamuan di tepi Tasik Barat di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu asing yang menghadiri majlis perasmian Sukan Asia ke-19 di Hangzhou.
Dalam ucapannya, Xi berkata: "Saya pernah bekerja di Zhejiang selama beberapa tahun. Zhejiang yang giat memperkasakan pembaharuan dan pintu terbuka, telah mencapai pembangunan berkualiti tinggi. Zhejiang sedang membina zon demonstrasi kemakmuran bersama, dan adalah pelopor pemodenan ala China."
Pada 20 September 2023, Xi Jinping berbual-bual mesra dengan penduduk tempatan ketika meninjau ke Kampung Licun, provinsi Zhejiang.