- Lain-lain
Perkasakan Pembangunan Usaha Wanita dan Kanak-kanak, Kata Xi
Presiden China, Xi Jinping memberikan arahan penting mengenai usaha wanita dan kanak-kanak mutakhir ini.
Beliau berkata, usaha wanita dan kanak-kanak merupakan komponen penting dalam kerja Parti dan negara. Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunisi China (PKC), kepimpinan parti terhadap kerja wanita dan kanak-kanak semakin diperkukuh, manakala sistem undang-undang perlindungan hak wanita dan kanak-kanak kian disempurnakan.
Pada masa sama, suasana pembangunan usaha wanita dan kanak-kanak terus ditingkatkan, hak bersuara dan pengaruh antarabangsa China dalam bidang wanita dan kanak-kanak meningkat dengan ketara, menurut Xi.
Beliau berkata bahawa usaha wanita dan kanak-kanak berkembang seiring dengan pembangunan sosioekonomi, dan jalan pembangunan wanita dan kanak-kanak yang bercirikan sosialisme China semakin meluas.
Xi Jinping menekankan bahawa dalam kerja mendorong pembinaan sebuah negara kuat dan usaha kebangkitan nusa dan bangsa, wanita adalah tenaga penting manakala kanak-kanak adalah masa depannya.
Oleh itu, menurut Xi, jawatankuasa Parti dan kerajaan dalam pelbagai peringkat dikehendaki memperdalam pemahaman terhadap peri pentingnya memajukan usuaha wanita dan kanak-kanak dan melakukan kerja dengan baik dalam bidang ini, berpegang kepada dasar kesaksamaan jantina dan pembangunan utama kanak-kanak, melaksanakan garis panduan pembangunan wanita dan kanak-kanak dengan mendalam, meningkatkan kekuatan wanita dan kanak-kanak secara komprehensif, secara aktif mencipta syarat dan membina platform bagi wanita untuk mengambil bahagian dalam pembangunan sosioekonomi, melindungi hak sah golongan wanita dan kanak-kanak, dan berusaha menjadikan amalan menghormati wanita dan menjaga kanak-kanak sebagai budaya di seluruh masyarakat.
Menurut beliau, diharapkan petugas dalam kerja wanita dan kanak-kanak akan kekal setia kepada misi, menggalakkan semangat perjuangan, berusaha lebih keras, dan membuat sumbangan yang lebih besar untuk pembangunan berkualiti tinggi usaha wanita dan kanak-kanak.
Mesyuarat Kerja Wanita dan Kanak-kanak China ke-7 diadakan di Beijing pada 28 September. Arahan penting Xi Jinping tersebut disampaikan di mesyuarat tersebut. Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri mesyuarat tersebut dan memberi ucapan.