- Lain-lain
BRI Wadah Terbuka kepada Semua
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) merupakan wadah terbuka yang mengalu-alukan penyertaan semua pihak pada bila-bila masa.
Demikian dinyatakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi dalam sidang media pada Rabu.
Menurut beliau, berorientasi tindakan, efisien tinggi dan pragmatik merupakan ciri-ciri utama yang dipamerkan dalam Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga.
Lapan langkah telah diumumkan Presiden Xi Jinping sebagai sokongan kepada pembangunan berkualiti BRI dengan melibatkan pembentukan jaringan kesalinghubungan berbilang dimensi, pembangunan hijau, inovasi sains dan teknologi, kerjasama pragmatik, pertukaran kalangan rakyat, mekanisme kerjasama antarabangsa dan sebagainya.
Forum kali ini turut menyaksikan sebanyak 458 hasil substantif berjaya dicapai.
Wang menyatakan kesediaan China untuk melakukan penyelarasan dengan semua inisiatif ke arah kesalinghubungan, dan melaksanakan kerjasama yang kondusif bagi negara membangun.
Kata beliau, China berharap inisiatif negara lain ke arah kesalinghubungan dapat bersifat terbuka dan bukannya menyasar pewujudan blok kecil yang tertutup.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- BRF: Xi Bergambar Kenangan Bersama Pemimpin Asing
- China, Serbia Raih Limpahan Hasil Kerjasama
- Persidangan CEO Jalur dan Laluan Fokus Pembangunan Berkualiti
- China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi Pragmatik
- Galakkan Pembinaan BRI ke Arah Berkualiti Tinggi dari Lapan Aspek -- Presiden Xi
- Wartawan ASEAN Sanjung Tinggi Manfaat BRI
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat BRF
- China, Indonesia Komited Pacu Kerjasama Bilateral
- Presiden Xi Ditemui PM Ethiopia
- China, Hungary Ikrar Perkasa Kerjasama Pragmatik