- Lain-lain
AS Digesa Lihat Pembangunan Pertahanan China Secara Objektif
Amerika Syarikat (AS) digesa supaya mengetepikan mentaliti Perang Dingin dan logik hegemoni, melihat niat strategik dan pembangunan pertahanan China secara objektif dan rasional.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning menyusuli Jabatan Pertahanan AS menyiarkan laporan edisi 2023 mengenai kuasa tentera China mutakhir ini.
Laporan itu mendakwa, setakat bulan Mei China mempunyai lebih daripada 500 kepala peledak nuklear, dan jumlah itu akan bertambah kepada 1,000 menjelang 2030.
Untuk itu, Mao menuntut AS supaya berhenti mengeluarkan laporan tahunan yang tidak bertanggungjawab seumpama, sebaliknya mengambil tindakan praktikal untuk memastikan hubungan ketenteraan kedua-dua negara kekal stabil.
"Laporan AS itu, seperti edisi sebelumnya, berbaur prejudis dengan mengabaikan fakta. Ia menyebut China sebagai ancaman, hanya mahu mencari alasan untuk mengekalkan hegemoni ketenteraan sendiri,” ujar Mao.
Jurucakap itu turut mengulangi pendirian bahawa China mengamalkan strategi nuklear bersifat defensif, sentiasa mengekalkan keupayaan nuklear pada tahap minimum bagi keselamatan negara, dan tiada niat untuk terlibat dalam perlumbaan senjata nuklear dengan mana-mana negara.
"Dasar nuklear China adalah unik di kalangan negara pemilik senjata nuklear. Ia berada pada tahap yang tinggi dari segi kestabilan, konsistensi dan kebolehramalan.
"Bagi mana-mana negara, selagi mereka tidak menggunakan atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear menyasar China, mereka tidak akan menghadapi ancaman nuklear daripada China,” ujar Mao.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou