- Lain-lain
Denda Berat untuk Aktiviti Penangkapan Ikan secara Haram
Pihak berkuasa di China telah mengenakan denda bernilai lebih RMB1 bilion yuan (RM6.54 bilion) ke atas syarikat tempatan yang menangkap ikan secara haram di perairan antarabangsa sejak 2016.
Demikian laporan Pejabat Penerangan Dewan Negara dalam kertas putih yang dikeluarkan pada Selasa.
Difahamkan, denda tersebut merupakan sebahagian daripada desakan intensif oleh pengeksport makanan laut terkemuka dunia itu untuk menggalakkan pendekatan yang lebih mampan terhadap penangkapan ikan di laut dalam bagi memenuhi keperluan keselamatan makanan.
Kertas putih yang bertajuk "Pembangunan Industri Perikanan Laut Dalam China" bertujuan untuk menyatakan pendirian, prinsip dan pendekatan China mengenai perikanan laut dalam, turut berfungsi sebagai jendela kepada kepakaran China berkaitan pengurusan operasi perikanan.
Untuk rekod, sebanyak 177 syarikat dan 2,551 kapal pukat tunda China kini dibenarkan menangkap ikan di laut lepas merentasi lautan Pasifik, Hundi dan Atlantik, serta perairan berhampiran Antartika dan perairan yang ditadbir oleh rakan kongsi China, dengan pengeluaran tahunan sekitar 2.3 juta tan metrik.
Menurut laporan itu lagi, enam syarikat China telah dilarang selama-lamanya untuk menjalankan aktiviti perikanan di luar pesisir sejak 2016, manakala operasi 22 lagi telah digantung buat sementara waktu susulan disabit melakukan kesalahan kecil dalam tempoh yang sama. Pada masa sama, sejumlah pesalah turut dilaporkan oleh kerajaan luar dan organisasi antarabangsa.
Kertas putih itu juga menekankan sokongan China terhadap tindakan keras pelbagai hala berhubung penangkapan ikan secara haram. Ini termasuk mengerahkan kapal penguat kuasa undang-undang secara kerap di Lautan Pasifik Utara bermula pada 2020, serta menyekat bot nelayan yang dibenarkan daripada mengisi minyak dan menambah bekalan di pelabuhan China di bawah pakatan serantau sejak 2018.
Sebagai pelopor dalam menuai hasil tangkapan laut dalam yang terkenal dengan manfaat kesihatannya, kehadiran China di kawasan perikanan luar pesisir telah bermula sejak lebih 4,000 tahun lalu.
Perikanan laut dalam moden meningkat di China pada tahun 1985, iaitu setelah pelancaran kerjasama dua hala dengan lebih 40 negara di seluruh Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Oceania.
China juga mengambil bahagian dalam pengurusan perikanan pelbagai hala di bawah rangka kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengikut undang-undang antarabangsa, serta menyokong penyelidikan yang bertujuan untuk melindungi mamalia laut dan spesies terancam lain.
Sejak mengamalkan konsep tamadun ekologi pada 2012, China telah berusaha untuk mengehadkan intensiti penangkapan ikan dan membanteras aktiviti haram untuk memastikan penggunaan sumber lautan yang bertanggungjawab dan mampan.
Sebagai sebahagian daripada usaha itu, China turut melaksanakan moratorium percubaan selama tiga bulan pada 2020 yang dikuatkuasakan di perairan antarabangsa di Atlantik Barat Daya dan Pasifik Timur, dengan larangan menangkap ikan menjadi dasar rasmi pada tahun berikutnya.
Mengikut Rancangan Lima Tahun Ke-14 negara (2021-2025), bilangan bot nelayan laut dalam dihadkan kepada 3,000 dan jumlah tangkapan mereka pula dihadkan kepada bawah 2.3 juta tan setahun.
Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam, China mengeksport 3.74 juta tan produk akuatik pada 2020 ke Amerika Syarikat, Eropah, Asia Tenggara dan Jepun, sekali gus merangkumi 12 peratus daripada jumlah eksport produk akuatik dunia pada tahun yang sama.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou