- Lain-lain
ICBC Mulakan Urusniaga Penjelasan RMB di Laos
Majlis perasmian Bank Industri dan Perniagaan China (ICBC) untuk memulakan urusan penjelasan RMB (RMB-Clearing) telah diadakan di Vientiane, Laos baru-baru ini.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China ke Laos, Wang Chang ketika menyampaikan ucapan, menyifatkan urusniaga yang baru dimulakan itu berfaedah bagi memperdalam kerjasama kewangan bilateral.
Pada majlis tersebut, tujuh bank setempat masing-masing menandatangani perjanjian penjelasan dengan ICBC cawangan Vientiane.
Gabenor Bank Pusat Laos, Bounleua Sinxayvoravong menyatakan, perasmian perkhidmatan itu kondusif bagi mendorong perdagangan dan pelaburan dua negara berkembang secara berterusan ke arah yang sihat, malah membawa makna penting bagi pembangunan sosioekonomi Laos.
Majlis terbabit turut disempurnakan dengan kehadiran Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dan Naib Presiden ICBC, Zhang Weiwu.
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou