- Lain-lain
China Usaha Habis-habisan Dorong Gencatan Senjata di Gaza
China akan terus bersama masyarakat antarabangsa mendorong persetujuan gencatan senjata dicapai di Gaza, dan berusaha tanpa henti memastikan ‘penyelesaian dua negara’ dapat dilaksanakan.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin selepas pengumuman bahawa utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun akan menghadiri persidangan antarabangsa mengenai bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang dijadual berlangsung di Perancis pada 9 November.
Wang berkata China akan mengekalkan komunikasi rapat dengan pihak terbabit dan melakukan yang terbaik untuk melindungi orang awam, meredakan keadaan semasa dan menyambung semula rundingan damai.
“Adalah perlu membebaskan orang awam yang ditahan, menjaga keselamatan rakyat jelata dan kemudahan awam serta menyediakan akses kepada bantuan kemanusiaan dan mengembalikan semula perundingan.
“Ia merupakan tanggungjawab yang perlu digalas pihak terbabit dan juga matlamat yang diperjuangkan oleh masyarakat antarabangsa,” kata Wang dalam sidang media di Beijing pada Rabu.