- Lain-lain
China Giat Berusaha ke Arah Anggotai CPTPP dan DEPA
China aktif mendorong proses keanggotaannya ke Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA), sejak mengemukakan permohonan untuk menganggotai kedua-dua perjanjian itu pada September dan November 2021.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media pada Khamis.
Menurutnya, China membuat kajian dan penilaian komprehensif terhadap semua terma dalam CPTPP, di samping memperincikan kemungkinan langkah pembaharuan yang perlu diambil dan undang-undang yang perlu dipinda. Sementara itu, langkah terbabit telah dijalankan secara percubaan di zon perdagangan bebas (FTZ) rintis dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.
Mengenai DEPA pula, jurucakap itu berkata kumpulan kerja mengenai keanggota China telah ditubuhkan organisasi itu pada 18 Ogos 2022 bagi memulakan rundingan secara menyeluruh.
Dalam pada itu, dua mesyuarat peringkat menteri, tiga mesyuarat perunding utama, dan tiga perbincangan teknikal telah diadakan setakat ini dan mencapai kemajuan yang positif.
Jurucakap itu turut menzahirkan hasrat China untuk bertindak sehaluan dengan negara-negara lain dalam persada dunia yang terbuka, dan bersinergi dengan pelbagai pihak untuk menggalakkan integrasi ekonomi serantau, kebebasan dan kemudahan perdagangan dan pelaburan, agar menyumbang kepada pemulihan ekonomi global.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou