• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Interaksi Budaya China-AS Memuncak di Beijing

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 November 2023

    Selepas sedekad lamanya, Teater Balet Amerika akhirnya kembali ke pentas seni China pada 9 November lalu, memukau penonton dengan persembahan balet romantik klasik terkenal “Giselle” yang menyentuh perasaan.

    Persembahan balet romantik klasik terkenal "Giselle". (foto/Beijing Daily)

    Persembahan balet romantik klasik terkenal "Giselle". (foto/Beijing Daily)

    Pada 10 dan 11 November pula, Orkestra Philadelphia iaitu orkestra AS yang pertama membuat lawatan ke China pada 1973, melakukan kolaborasi dengan Orkestra Simfoni China dan Orkestra Pusat Seni Pentas Nasional China.

    Dalam kedua-dua konsert, tampak suburnya ikatan persahabatan setengah abad yang kekal utuh tidak dimamah usia.

    “Seni adalah bahasa globalisasi dan juga cara terbaik untuk mengekspresikan emosi,” kata Susan Jaffe, pengarah artistik Rombongan Tarian Teater Balet Amerika.

    “Pada era baharu pertukaran antarabangsa ini, adanya Teater Nasional, wadah yang cukup baik untuk interaksi budaya antara China dan AS. Pertukaran seperti ini amat perlu."

    Jaffe turut menyuarakan hasrat pihaknya untuk bertemu lagi dengan penonton di Beijing pada masa depan.

    Pada malam 11 November, konduktor muda Sun Yifan membimbing Orkestra Pusat Seni Pentas Nasional China, lapan anggota Orkestra Philadelphia serta pemain selo Jan Vogler, mempersembahkan satu konsert khas. (Beijing Daily/Liu Fang)

    Pemain selo ternama, Jan Vogler bercakap dengan penuh penghargaan ketika berkongsi pengalaman membuat persembahan di Pusat Seni Pentas Nasional kali ini.

    “Pertukaran budaya dapat menyalakan api inspirasi,” kata anak kelahiran Jerman itu.

    “Orkestra Philadelphia berasal dari AS, dan saya pula dari Eropah. Di Beijing, kita bersama-sama menghayati cetusan inspirasi yang diilhamkan daripada budaya China.

    Adalah menjadi harapannya juga untuk melihat budaya mereka masing-masing memberikan inspirasi kepada penonton dan seniman China."

    “Pada pandangan kami, interaksi budaya dan dialog sesuatu yang sentiasa berbaloi dinanti-nantikan.

    Pemain selo, Jan Vogler. (Beijing Daily/Liu Fang)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>