- Lain-lain
Ekonomi Bawah Hutan China Bernilai RMB1 Trilion pada 2022
Ekonomi bawah hutan di seluruh negara yang melibatkan penggunaan tanah hutan seluas 40 juta hektar oleh 950,000 badan pengusaha menyaksikan bertambahnya pengeluaran daripada RMB457.4 bilion (RM294.3 bilion) pada tahun 2013 kepada RMB1 trilion (RM644 bilion) pada tahun 2022.
Statistik demikian diumumkan dari Jabatan Pentadbiran Hutan dan Padang Rumput Kebangsaan China baru-baru ini.
Dimaklumkan, ekonomi bawah hutan merujuk kepada ekonomi bukan balak di tanah bawah hutan melibatkan penanaman dan penternakan serta pemetikan dan pemprosesan produk berkenaan seperti cendawan, ubat-ubatan, teh, sayur-sayuran, unggas hutan, ternakan dan lebah hutan yang dilihat sebahagian penting dalam skim jaminan keselamatan bijirin dan kesihatan rakyat.
Pemeriksa dari Bahagian Pembangunan dan Pembaharuan Jabatan Pentadbiran Hutan dan Padang Rumput Kebangsaan China, Chen Xuequn berkata, sektor ekonomi bawah hutan menggaji 34 juta pekerja di seluruh negara dan membantu mereka menambah pendapatan perkapita sebanyak RMB10,000 (RM6,440) setiap tahun.