- Lain-lain
Xi: Peneraju Perkembangan Hubungan China-AS Diharap Pikul Tanggungjawab terhadap Rakyat, Dunia dan Sejarah
(CRI)Khamis 16 November 2023
Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat(AS), Joe Biden di Estet Filoli, San Francisco AS pada pagi 15 November waktu tempatan.
Presiden Xi berkata, beliau dan Presiden Biden menerajui perkembangan hubungan China-AS, dan bersama-sama memikul tanggungjawab terhadap rakyat, dunia, dan sejarah.
"Saya berharap dapat bertukar-tukar pandangan secara mendalam dengan Presiden Biden mengenai isu-isu hubungan bilateral yang bersifat strategik, komprehensif dan menggariskan hala tuju perkembangan, serta isu-isu utama yang berkaitan dengan keamanan dan pembangunan dunia demi mencapai konsensus baharu," kata beliau.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2023 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang