- Lain-lain
Xi Berucap dalam Majlis Jamuan Alu-aluan di San Francisco
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) bergantung pada rakyat yang disifatkan sebagai pencetus sinaran harapan, dasar yang kukuh di peringkat akar umbi, golongan belia yang mampu mencipta masa depan, dan pertukaran daerah yang rancak.
Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam jamuan alu-aluan anjuran bersama pelbagai persatuan persahabatan di AS pada malam Rabu waktu tempatan.
Xi mengalu-alukan lebih ramai gabenor, ahli Kongres dan tokoh-tokoh pelbagai bidang AS melawat ke China.
Menurut Xi, masa depan hubungan China-AS dicipta oleh rakyat. Apabila tiba saat yang kritikal, adalah mustahak untuk mengeratkan hubungan antara rakyat, dan meningkatkan kebersamaan dalam mengenali hati budi sahabat sejati. Adalah diharapkan juga bahawa lebih ramai orang menampil bersorak demi hubungan kedua-dua negara. Oleh itu, lebih banyak jambatan dan laluan perlu dibentuk untuk pertukaran antara rakyat.
"China tidak pernah berjudi tentang sama ada AS kalah atau tidak, tidak pernah mencampur tangan dalam urusan domestik AS dan tidak berniat mencabar malah menggantikan AS, " ujar Xi.
"Pergaulan secara aman damai merupakan prinsip asas hubungan antarabangsa, bahkan garis merah yang tidak boleh diinjak China dan AS."
"Modenisasi yang diusahakan China bukan hanya menumpu kepada kepentingan diri sendiri, sebaliknya menggambarkan visi negara ini yang bersedia bersama-sama pelbagai negara untuk merealisasikan modenisasi dunia yang berorientasikan pembangunan aman, kerjasama yang saling menguntungkan dan kemakmuran bersama di samping mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Xi.
"China bersedia mengundang 50 ribu orang muda AS datang ke China untuk belajar dan mengikuti program pertukaran dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan tujuannya merancakkan pertukaran dalam kalangan rakyat terutama generasi muda kedua-dua negara."
"Di sebalik perubahan situasi, yang tidak akan berubah itu adalah logik sejarah tentang hidup secara damai anatara China dengan AS, hasrat asas rakyat kedua-dua negara untuk melakukan kerjasama dan interaksi, dan harapan umum rakyat dunia terhadap hubungan China-AS yang berkembang dengan stabil", tambah beliau.
- APEC Suntik Penggerak Baharu kepada Pertumbuhan Dunia
- Xi Bakal Hadir Majlis Jamuan Dihoskan Presiden AS
- Xi, Joe Biden Mulakan Pertemuan
- Ekonomi China Kekal Pulih pada Suku Keempat
- Pertemuan Presiden China, AS Berakhir
- Pertemuan Presiden China, AS Bermula
- Xi Tiba di San Francisco, Bakal Bertemu Biden
- Forum Inovasi Hijau dan Pembangunan Lestari di San Francisco
- Xi Mendapat Sambutan Hangat di Lapangan Terbang San Francisco
- Pegawai Kanan AS Sambut Kedatangan Presiden Xi Jinping di Lapangan Terbang