- Lain-lain
Jepun Digesa Ambil Serius Kebimbangan Masyarakat Antarabangsa
Jepun digesa supaya mengambil serius terhadap kebimbangan masyarakat antarabangsa terutamanya negara jiran.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin menyusuli Tokyo Electric Power Company (TEPCO) memulakan pengenalpastian kerosakan dan pampasan kepada mangsa domestik yang terjejas akibat pelepasan air sisa radioaktif.
Wang berkata pelepasan air terawat ke laut memberi kesan kepada kesihatan umat manusia, persekitaran marin global dan kepentingan awam antarabangsa.
“Selain daripada kebimbangan penduduk tempatan, Jepun juga perlu mengambil berat terhadap kekhuatiran masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran.
“Adalah perlu berkomunikasi dengan pihak berkepentingan dengan sikap yang bertanggungjawab dan konstruktif, dan memberi perhatian serius terhadap tuntutan sah pihak berkenaan,” kata beliau dalam sidang media pada Selasa.
Wang turut menambah, pihak Jepun mesti melibatkan diri secara ikhlas dalam perundingan dengan pihak berkepentingan dan mewujudkan secepat mungkin mekanisme pemantauan jangka panjang yang komprehensif, berkesan dan bebas membabitkan semua pihak terbabit.
- Pusingan Ketiga Pelepasan Air Tercemar Radioaktif Jepun ke Laut Berakhir
- Jepun Mulakan Pelepasan Air Sisa Radioaktif Pusingan Ketiga
- Jepun Digesa Tangani Pelepasan Air Radioaktif Secara Saintifik, Selamat dan Telus
- Dunia Terkesan dalam Air Tercemar Nuklear yang Dibuang Jepun ke Laut
- China Bantah Keras Pelepasan Air Tercemar Nuklear Jepun
- Jepun Mulakan Pusingan Kedua Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- Pelapor Khas UNHRC Gesa Isu Sisa Air Nuklear Fukushima Diambil Berat
- Pemantauan IAEA terhadap Pelepasan Air Radioaktif Jepun Tidak Antarabangsa Atau Bebas
- Kebocoran Bahan Radioaktif Berlaku di Jepun
- Pelepasan Air Sisa Radioaktif TEPCO Kali Pertama Berakhir