- Lain-lain
China Syor Inisiatif Pergiat Kolaborasi Rantaian Bekalan Global
China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menggerakkan rantaian perindustrian dan bekalan global ke arah lebih berdaya tahan, cekap dan dinamik.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi pertama di Beijing pada Selasa.
Dalam ucapannya, Li mengemukakan empat inisiatif untuk mempergiat kolaborasi antarabangsa berkaitan rantaian perindustrian dan bekalan.
Beliau menekankan perlunya sinergi dibentuk untuk mewujudkan rantaian perindustrian dan bekalan yang selamat dan stabil, lancar dan efisien, terbuka dan inklusif serta saling menguntungkan.
Dalam pada itu, China akan terus mengukuhkan kerjasama inovatif dengan negara lain dalam bidang pembuatan pintar dan ekonomi digital.
China juga akan giat menggalakkan kerjasama membabitkan sektor perindustrian dan kapasiti pengeluaran, di samping menggerakkan negara-negara membangun terlibat secara lebih mendalam dalam rantaian nilai global.
Li turut berharap para usahawan memainkan peranan positif dalam usaha memantapkan operasi rantaian perindustrian dan bekalan global.
Forum Inovasi dan Pembangunan Rantaian Bekalan Global turut berlangsung serentak dengan ekspo berkenaan.
- Ekspo Rantaian Pembekalan Antarabangsa China Pertama Dirasmikan
- Semua Pihak Beri Sokongan, Pastikan Ekspo Rantaian Bekalan Pertama Lancar
- Banyak Syarikat Amerika akan Sertai Ekspo Rantaian Pertama
- 515 Syarikat, Institusi akan Ambil Bahagian dalam Ekspo Rantaian Bekalan Pertama
- China Anjur Ekspo Rantaian Bekalan Minggu Depan