• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Buku Meratapi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diterbitkan

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 12 Disember 2023

    Penyelidikan terkini mengenai Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing dan buku-buku yang mendokumentasikan sejarah berkaitan diperkenalkan di Nanjing, provinsi Jiangsu baru-baru ini bagi tujuan peringatan kolektif dan komitmen terhadap keamanan.

    Menurut Zhou Feng, kurator Dewan Peringatan untuk Mangsa Pembunuhan di Nanjing oleh Penceroboh Jepun, lebih daripada 10 buku mengenai titik hitam dalam sejarah itu diterbitkan, dan merangkumi pelbagai aspek seperti penyelidikan asas, pendidikan sosial serta komunikasi antarabangsa.

    Pada 13 Disember 1937, penceroboh Jepun menawan Nanjing dan membunuh lebih 300,000 orang awam serta askar tidak bersenjata selama enam minggu.

    Beberapa buku yang baru dikeluarkan, yang disampaikan oleh dewan peringatan, termasuk The Diary of John Rabe: The Enemy Planes Over Nanjing (Terjemahan Penuh), The Diary of John Rabe (Edisi Belia) dan versi terkini The Judgment of the Far Eastern International Military Tribunal.

    Diari John Rabe (Edisi Belia) adalah berdasarkan edisi tunggal jilid 1997 diari Rabe.

    John Rabe merupakan ahli perniagaan Jerman yang mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan lebih 200,000 orang China semasa berlaku pembunuhan beramai-ramai.

    Meskipun huraian berunsur keganasan telah diringkaskan, buku itu mengandungi ilustrasi lukisan tangan oleh Rabe, gambar bersejarah dan pengenalan oleh penterjemah, bahkan direka bentuk dengan fon yang boleh dibaca dan disertakan dengan penanda halaman khusus, menjadikannya lebih sesuai untuk golongan muda.

    Timbalan ketua editor Jiangsu People's Publishing House, Dai Yiliang iaitu penerbit The Diary of John Rabe: The Enemy Planes Over Nanjing, menyatakan bahawa buku itu dianggap sebagai edisi bahasa Cina paling komprehensif diari Rabe setakat ini.

    Katanya, kompilasi tersebut membentangkan bahan sejarah berkaitan Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing dan terdiri daripada enam jilid serta lapan buku. Ia menggabungkan entri diari dan bahan terkumpul dari 21 September 1937 hingga 26 Februari 1938, yang ditulis oleh John Rabe.

    "Buku itu termasuk laporan berita tambahan yang dikumpul oleh Rabe dari pelbagai tempat di dunia, yang memperincikan kekejaman yang dilakukan semasa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing.

    "Laporan Rabe mengenai kejatuhan Nanjing, yang diserahkan kepada kerajaan Jerman sekembalinya ke negara asalnya, turut disertakan,” kata Dai.

    Profesor Cheng Zhaoqi dari Universiti Jiao Tong Shanghai berkata, edisi baharu The Judgment of the Far Eastern International Military Tribunal adalah pencapaian terbaru dalam kajian Perbicaraan Tokyo.

    Beliau berkata, penilaian itu mempunyai makna yang penting dalam mentakrifkan pencerobohan Jepun.

    Jelas Cheng, buku yang menawarkan penilaian versi Cina itu juga amat bernilai dalam mewujudkan hukuman undang-undang mengenai Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing.

    Pada hari Rabu, upacara peringatan kebangsaan akan diadakan di dewan untuk memperingati ulang tahun ke-86 pembunuhan beramai-ramai dan meratapi mangsa.

    Orang ramai melawat Dewan Peringatan Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun di ibu kota provinsi Jiangsu di timur China, 18 September 2020. (Foto Su Yang/Xinhua)

    Orang ramai melawat Dewan Peringatan Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun di ibu kota provinsi Jiangsu di timur China, 18 September 2020. (Xinhua/Su Yang)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>