• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Kerjasama Ekonomi, Perdagangan China-Vietnam Utungkan Kedua-dua Negara

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 13 Disember 2023

    Durian  Vietnam yang dipamerkan pada CAEXPO ke-20 di Nanjing, Guangxi.

    Durian Vietnam yang dipamerkan pada CAEXPO ke-20 di Nanjing, Guangxi. (Xinhua/Zhang Ailin)

    Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penubuhan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara China dan Vietnam. Kedua-dua negara sedang mempercepat pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan dan pelarasan "Dua Koridor Satu Lingkaran". Dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan hasil ketersambungan, China dan Vietnam berusaha untuk memastikan rantaian perindustrian dan bekalan kekal stabil dan lancar, terus-menerus meningkatkan tahap kerjasama pelaburan ekonomi dan perdagangan, menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dalam hubungan ekonomi dan perdagangan, mempertingkatkan perkhidmatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, sekali gus memastikan sinergi dua hala mencapai hasil yang memberangsangkan.

    PERDAGANGAN DUA HALA BERKEMBANG PESAT

    Pada awal pagi, di Jambatan Lebuhraya Sungai Merah China-Vietnam di sempadan China-Vietnam, kelihatan satu barisan kenderaan seperti “naga panjang”. Lori-lori yang sarat dengan durian Vietnam perlahan-lahan memandu menuju ke Pelabuhan Hekou, pelabuhan terbesar di Yunnan, yang terletak di sempadan Vietnam. Selepas pelepasan kastam, durian Vietnam memulakan perjalanan ke pasaran China.

    Daripada durian hinggalah buah naga, pisang, tembikai, dan lain-lain, "bakul buah" perdagangan China-Vietnam semakin lama semakin besar. Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam menunjukkan bahawa dalam sembilan bulan pertama tahun ini, eksport buah-buahan dan sayur-sayuran Vietnam ke China mencecah 2.75 bilion dolar AS, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 160%, menyumbang 65% daripada jumlah eksport buah-buahan dan sayur-sayuran Vietnam dalam tempoh yang sama..

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perdagangan dua hala antara China dan Vietnam telah berkembang pesat. Jumlah dagangan dua hala telah meningkat daripada lebih 2.4 bilion dolar AS pada tahun 2000 kepada lebih 234.9 bilion dolar Amerika Syarikat pada tahun 2022. China telah menjadi rakan dagang terbesar Vietnam selama bertahun-tahun, sedangkan Vietnam rakan dagang terbesar China di ASEAN dan rakan dagang keempat terbesar di dunia.

    Melalui satu siri platform ekonomi dan perdagangan, China dan Vietnam terus mengembangkan peluang untuk kerjasama menang-menang. Pada November tahun ini, Vietnam menyertai Ekspo Import Antarabangsa China ke-6 sebagai salah satu negara tamu. Kopi Vietnam, durian, beras, buah-buahan kering, kraf tangan dan komoditi lain terus memasuki pasaran China. Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tran Hong Ha berkata bahawa CIIE menyediakan kepada perusahaan global termasuk Vietnam, pelbagai peluang untuk pertukaran dan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan bidang-bidang yang lain.

    Perdagangan yang lancar adalah kemuncak kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Vietnam. Xiong Bo, Duta Besar China ke Vietnam berkata, "pada masa hadapan, ketersambungan infrastruktur pengangkutan antara China dan Vietnam akan menjadi lebih lancar dan cekap. Dengan meningkatkan kecekapan pelepasan pelabuhan dan memastikan perdagangan lebih lancar, 'hubungan mesra' antara dua pihak juga akan diperkukuh lagi."

    KERJASAMA PELABURAN CAPAI HASIL LUAR BIASA

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat China telah meningkatkan pelaburan di Vietnam dengan ketara. Dari Januari hingga Oktober tahun ini, pelaburan langsung syarikat China dalam keseluruhan industri Vietnam mencecah 1.76 bilion dolar AS. Selaras dengan keperluan transformasi dan peningkatan ekonomi Vietnam, pelbagai pelaburan dalam sektor teknologi tinggi, maklumat dan komunikasi, tenaga baharu, pembangunan hijau, e-logistik perdagangan dan lain- lain telah meningkat dengan ketara, serta memberikan potensi yang besar.

    Di Hanoi, ibu kota Vietnam, Hanoi Light Rail Line 2 yang dibina oleh perusahaan China sebagai kontraktor am, memendekkan perjalanan sejauh 13 kilometer dan masa perjalanan kepada hanya 23 minit. Ia bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan penduduk tempatan, tetapi juga memacu pembangunan ekonomi Hanoi.

    Di pantai Ninh Thuan di tengah dan selatan Vietnam, Projek Kuasa Angin Zhengsheng yang dikendalikan oleh syarikat China boleh menjimatkan tenaga bersamaan 43,400 tan batu arang standard bagi penggunaan di kawasan tempatan, dan pelepasan karbon dioksida juga telah dikurangkan sebanyak 102,500 tan. Menurut statistik yang tidak lengkap, perusahaan yang dibiayai oleh China telah melabur atau membina hampir 70 projek tenaga angin di Vietnam, sekali gus menyuntik dorongan ke arah pembangunan hijau dan karbon rendah Vietnam.

    Pada November tahun lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk meneroka pertukaran dan bekerjasama secara aktif dalam pembangunan hijau, tindak balas perubahan iklim, ekonomi digital dan bidang lain untuk mewujudkan lebih banyak titik pertumbuhan bagi kerjasama. Pada masa ini, banyak perusahaan yang dibiayai oleh China melabur dalam membangunkan projek tenaga bersih di Vietnam dan terdapat ruang luas untuk kerjasama hijau antara kedua-dua negara. Ia bukan sahaja membantu memenuhi permintaan elektrik yang dihadapi oleh pembangunan Vietnam, malah turut membantu bersama-sama memerangi perubahan iklim dan mencapai pembangunan mampan.

    KERJASAMA SERANTAU TERUS DIPERERAT

    Dalam beberapa tahun belakangan ini, China dan Vietnam telah mempercepat penyepaduan Inisiatif Jalur dan Laluan serta "Dua Koridor Satu Lingkaran", memfokuskan pada peningkatan kerjasama dalam bidang strategik seperti ketersambungan. Dari segi ketersambungan infrastruktur, ketersambungan darat, laut, udara, rangkaian dan infrastruktur lain antara kedua-dua negara semakin diperbaik, dan perancangan untuk pembinaan dan ketersambungan kereta api dan lebuh raya telah dipercepat.

    Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Zheng memberitahu bahawa negaranya sangat menghargai hubungan mesra "persaudaraan dan persahabatan" dengan China. Vietnam sangat menghargai hasil kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, dan bersedia bekerjasama dengan China untuk mempromosikan ketersambungan kereta api dan meningkatkan tahap keterbukaan pelabuhan sempadan.

    China dan Vietnam dengan tegas melindungi sistem perdagangan pelbagai hala dan mengukuhkan koordinasi serta interaksi di Pertubuhan Perdagangan Dunia, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan pelbagai platform lain. Kedua-dua pihak telah bersama-sama mempromosikan kuat kuasa kemasukan dan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), bersama-sama mempromosikan pembinaan versi 3.0 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Kerjasama di bawah rangka kerja Asia Timur dan Lancang-Mekong terus diperdalam dan diperkukuh. Kerjasama pelbagai hala serantau juga terus dimantapkan.

    Nguyen Hong Yen, Menteri Perindustrian dan Perdagangan Vietnam berkata, Vietnam menganggap China sebagai rakan ekonomi serta perdagangan yang penting dan bersedia untuk terus mengeratkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan kerjasama praktikal di bawah rangka kerja serantau dan pelbagai hala dengan China. Tahap liberalisasi perdagangan dan pelaburan serta kemudahan antara kedua-dua negara dan rantau ini juga akan dipertingkat.

    Zhai Kun, seorang profesor di Fakulti Perhubungan Antarabangsa di Universiti Peking berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Vietnam boleh mengintegrasikan dan menggunakan kelebihan perbandingan dan endowmen sumber kedua-dua negara secara berkesan untuk meningkatkan daya saing kedua-dua negara di rantau, serta mengukuhkan rantaian perindustrian dan bekalan global. Pada masa yang sama, ia akan memacu pembangunan perindustrian dan transformasi negara lain di rantau ini dan membentuk rangkaian perindustrian serantau yang lebih rapat dan cekap, yang juga lebih kondusif bagi menggalakkan kerjasama China-ASEAN dan proses integrasi serantau.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>