- Lain-lain
Mesyuarat Pertama Jawantakuasa Bersama China-Arab Saudi-Iran Berakhir
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Tiga Pihak China, Arab Saudi, dan Iran berakhir di Beijing pada Jumaat lalu.
Arab Saudi dan Iran menyatakan komitmen untuk melaksanakan sepuhnya Perjanjian Beijing. Sementara itu, China komited akan terus memainkan peranan membina dan menyokong Arab Saudi dan Iran mengukuhkan hubungan dua hala.
Selain itu, wakil ketiga-tiga negara telah membincangkan konflik antara Palestin dengan Israel.
Mereka melahirkan rasa bimbang terhadap situasi di Genting Gaza dan Tebing Barat, yang dikhuatiri akan mengancam keamanan dan keselamatan serantau bahkan dunia. Mereka menyeru tindakan ketenteraan di Gaza dihentikan segera dan bantuan kemanusiaan diberikan kepada rakyat jelata secara berterusan, selain menentang pemindahan warga Palestin secara paksa.
Ketiga-tiga negara juga menegaskan bahawa sebarang aturan yang berkaitan dengan masa depan Palestin mestilah selari dengan keinginan rakyat Palestin.
Mereka turut mengulangi sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara dan menentukan nasib sendiri.
- Pertemuan Sulung Pemimpin Arab Saudi, Iran Sejak Pemulihan Ikatan Diplomatik
- China, Iran Saling Menyokong dalam Isu Babitkan Kepentingan Teras
- Menteri Luar Arab Saudi, Iran Adakan Pertemuan Empat Mata
- Presiden Iran Diundang Melawat Arab Saudi
- Pemulihan Hubungan Arab Saudi dan Iran, Kemenangan Dialog dan Keamanan
- Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Iran Dialu-alukan