- Lain-lain
Xi Utus Tahniah kepada Emir Baharu Kuwait
Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Emir baharu Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada Ahad.
Xi menyatakan China dan Kuwait menikmati persahabatan tradisional yang kukuh, dan mencapai kemajuan besar dalam hubungan dua hala sejak terjalinnya ikatan diplomatik lebih 50 tahun lalu.
China dan Kuwait saling menyokong dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras satu sama lain, kata Xi sambil menambah bahawa pertukaran dan kerjasama dua negara dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan positif dan ikatan muhibah dalam kalangan rakyat terus dimantapkan.
Xi berkata beliau amat mementingkan pembangunan hubungan bilateral dan sedia bekerjasama dengan Sheikh Mishal untuk melonjakkan perkongsian strategik China-Kuwait ke tahap lebih tinggi, sekali gus membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.