- Lain-lain
Raja Jordan Gesa AS Galak Gencatan Senjata di Gaza
Amerika Syarikat (AS) patut memainkan peranan berkesan dalam menggalakkan gencatan senjata dicapai di Gaza serta-merta, melindungi rakyat jelata dan memastikan bantuan kemanusiaan serta perubatan yang mencukupi untuk kawasan terbabit.
Demikian titah Raja Jordan Raja Abdullah II ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di Amman pada Ahad.
Menurut baginda, konflik yang berterusan di Genting Gaza akan mengakibatkan malapetaka besar.
Raja Abdullah turut menekanan perlunya menyelesaikan isu Palestin secara adil dan mewujudkan kedamaian menyeluruh berasaskan 'penyelesaian dua negara'. Jika tidak, adalah mustahil untuk mencapai kestabilan di rantau berkenaan.
Baginda membantah sekeras-kerasnya pemindahan secara paksaan penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Gaza dengan menyifatkan perbuatan sedemikian melanggar undang-undang antarabangsa.
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Atas Pembelajaran Bahasa, Tingkat Persahabatan China-Vietnam
- Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar