• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Konsert Tepi Jalan Popular di Guizhou

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 09 Januari 2024

    Foto udara ini yang diambil pada 13 Oktober 2023 menunjukkan tapak konsert tepi jalan di Pavilion Wenchang di Guiyang, provinsi Guizhou di barat daya China. (Xinhua/Ou Dongqu)

    Foto udara ini yang diambil pada 13 Oktober 2023 menunjukkan tapak konsert tepi jalan di Pavilion Wenchang di Guiyang, provinsi Guizhou di barat daya China. (Xinhua/Ou Dongqu)

    Tiada superstar mahupun tiket masuk, kini semua orang boleh menyanyi di atas pentas dan itulah yang berlaku di Guizhou.

    Berbeza daripada konsert biasa, konsert tepi jalan di Guiyang, ibu kota provinsi Guizhou di barat daya China, membolehkan orang ramai menyelami muzik.

    Walaupun keadaan cuaca sejuk, konsert tepi jalan di Guiyang masih menarik ramai pelancong dan penduduk yang ingin menonton persembahan di jalan-jalan sibuk serta jalan-jalan tarikan pelancong.

    Konsert tepi jalan di bandar ini bermula sejak 1937, apabila beberapa organisasi muzik mengajar orang ramai menyanyikan lagu-lagu anti-Jepun yang membantu membangkitkan semangat juang mereka semasa Perang Penentangan Rakyat China terhadap Pencerobohan Jepun.

    Bunyi ini adalah daripada persembahan di tepi jalan.

    Menjelang konsert besar, beberapa peminat muzik dari seluruh provinsi berkumpul lebih awal dan menyanyikan lagu di laluan bawah tanah daerah Guanshanhu di bandar itu.

    Tanpa tiket atau pagar, anak muda berpegangan tangan, menyanyi dan menari. Video yang menunjukkan persembahan mereka yang santai dan ceria pantas menjadi popular selepas tular di media sosial.

    Shuai Changwen dan Yang Hailei, juara Sukan Asia ke-19, menyanyi di konsert tepi jalan di Pavilion Wenchang di Guiyang, provinsi Guizhou di barat daya China, 13 Oktober 2023. (Xinhua/Ou Dongqu)

    Shuai Changwen dan Yang Hailei, juara Sukan Asia ke-19, menyanyi di konsert tepi jalan di Pavilion Wenchang di Guiyang, provinsi Guizhou di barat daya China, 13 Oktober 2023. (Xinhua/Ou Dongqu)

    "Kami menghiburkan diri dan tidak menyangka akan menjadi kemuncak musim panas," kata Yang Zhi, pemula persembahan dan penyanyi utama kumpulan tempatan ‘Zhe Er Gen’.

    "Guiyang mempunyai suasana yang baik untuk muzik, dan banyak kumpulan muzik menikmati persembahan jalanan. Ini adalah tradisi yang telah diwarisi selama bertahun-tahun," tambah Yang.

    Pada petang hujung minggu Mei 2018, beberapa pencinta muzik yang cacat penglihatan mengadakan konsert di bawah tembok Pavilion Wenchang di daerah Yunyan.

    "Lebih daripada 300 orang datang pada masa itu, menjadi pemandangan yang sibuk dan mengujakan," kata Chen Changhai, pemain dram kumpulan itu.

    Sejak itu, kumpulan ‘Zhe Er Gen’ telah diasaskan dan persembahan di tepi jalan menjadi popular.

    "Zhe Er Gen," juga dikenali sebagai pudina ikan, adalah herba yang berasal dari barat daya China. Kumpulan itu terdiri daripada tiga ahli terapi urutan buta dan seorang penghantar perkhidmatan bawa pulang.

    Mereka melakukan kerja hakiki masing-masing pada waktu siang dan berkumpul pada waktu malam untuk bermain muzik. Orang buta sama seperti ‘Zhe Er Gen’ yang membawa inti pati Guizhou yang kaya dan hidup subur dalam kegelapan.

    Sehingga kini, lebih 20 konsert telah diadakan di Pavilion Wenchang, menarik hampir 40,000 penonton dan kira-kira 37 juta penonton dalam talian.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>