- Lain-lain
Presiden China Utus Perutusan Tahniah kepada Frederik X Denmark
Presiden China Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada Frederik X yang menaiki takhta sebagai Raja Denmark yang baharu pada Ahad.
Xi menyatakan, sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 74 tahun yang lalu, China dan Denmark telah menyaksikan pencapaian yang besar dalam mengembangkan hubungan bilateral, memacu kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang dan memupuk persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Xi menyatakan beliau menumpukan kepada perkembangan hubungan China-Denmark dan bersedia bekerjasama dengan Raja Frederick X untuk mendorong peningkatan perkongsian strategik komprehensif China-Denmark ke tahap yang baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak.
Pada hari yang sama, Xi juga mengutus perutusan kepada bekas Ratu Margrethe II yang baru turun takhta untuk menyampaikan salam dan doa.