- Lain-lain
PM China Ucap Tahniah kepada PM Baharu Perancis
Perdana Menteri China, Li Qiang menzahirkan ucapan tahniah kepada Gabriel Attal atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Perancis yang baharu pada Selasa.
Li Qiang menyatakan, China dan Perancis adalah anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan negara kuasa besar yang mempunyai tradisi bermandiri. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara, hubungan China-Perancis mencapai kemajuan yang mantap, yang dilihat sudah menyuntik unsur kestabilan yang berharga kepada dunia yang berada dalam pergolakan. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis, dan juga merupakan detik sejarah bagi kedua-dua negara memulakan kemaraan baharu ke masa hadapan.
“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Gabriel Attal untuk menyuntik momentum baharu ke dalam pertukaran dan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, dan menyumbang kepada pembinaan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis yang stabil, saling menguntungkan, merintis dan progresif,” kata Li.
- Menteri Luar Perancis akan Lawat China
- Xi Seru Lonjakkan Hubungan China, Perancis ke Tahap Baharu
- Dialog Strategik China-Perancis Bakal Buka Tirai
- Perancis Kerah 45,000 Anggota Polis Tangani Rusuhan
- Li Qiang Bertemu Macron
- PM China Mula Lawatan Rasmi ke Perancis
- Qin Gang akan Lawat Jerman, Perancis dan Norway
- Pertemuan Tidak Rasmi Xi, Macron di Guangdong
- Xi Berucap pada Penutupan Persidangan Majlis Perniagaan China-Perancis
- China, Perancis Sepakat Mantapkan Perkongsian Strategik Komprehensif