- Lain-lain
China Gesa Segerakan Gencatan Senjata Menyeluruh di Gaza
Pendirian China dalam isu Palestin adalah konsisten dan jelas, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.
Wang berkata China mengutuk segala tindakan yang membahayakan rakyat jelata dan menentang sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Pihak terbabit digesa supaya mewujudkan gencatan senjata menyeluruh serta-merta, mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengelak berlakunya krisis kemanusiaan yang lebih teruk di Gaza.
Mutakhir ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan perintah langkah-langkah sementara susulan Afrika Selatan memfailkan saman terhadap Israel atas tuduhan melakukan 'genosid' di Gaza.
ICJ menuntut Israel mengambil segala tindakan wajar untuk mencegah berlakunya 'genosid' dan membaiki situasi kemanusiaan di Gaza.
Wang menyifatkan perintah ICJ itu sebagai respons terhadap keprihatinan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat rakyat jelata dilindungi dan situasi tegang diredakan di Gaza.
Diharap bahawa langkah-langkah sementara berkenaan dapat dilaksanakan secara berkesan, kata beliau.
Wang turut menegaskan formula 'penyelesaian dua negara' merupakan jalan keluar asas bagi merungkai konflik Palestin-Israel.
- Israel Bedil Dua Kem Pelarian di Gaza, 30 Maut
- PM Palestin Tekan "Penyelesaian Dua Negara" Patut Dilaksanakan
- NAM Lulus Deklarasi Kecam Tindakan Israel di Gaza
- Netanyahu Tolak Tuntutan Hamas
- Parlimen Eropah Seru "Gencatan Senjata yang Berkekalan" di Gaza
- Guterres Seru Lagi Gencatan Senjata di Gaza
- China dan Mesir Umumkan Kenyataan Bersama mengenai Krisis Gaza
- Wang Yi Bentangkan Lagi Pendirian China Berhubung Situasi di Gaza
- Raja Jordan, Guterres Bincang Situasi Gaza
- 85 Peratus Penduduk Gaza Hilang Tempat Tinggal: PBB