- Lain-lain
Rundingan Pusingan kelima CAFTA Versi 3.0 Berlangsung
China bersedia berusaha bersama dengan ASEAN untuk menamatkan rundingan berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 seawal mungkin.
Demikian dinyatakan Naib Menteri Perdagangan Wang Shouwen semasa berucap dalam majlis perasmian pusingan kelima rundingan berkenaan yang diadakan di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Rabu.
Menurut Wang, berasaskan Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sedia ada, China bersedia bersinergi dengan ASEAN untuk terus meningkatkan tahap liberalisasi perdagangan dan pelaburan, di samping memperluas kerjasama pragmatik dalam bidang seperti perdagangan barang perantaraan, perdagangan digital, e-niaga rentas sempadan dan sektor rendah karbon.
Ia akan mewujudkan ruang lebih luas untuk pembangunan serantau dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat, kata beliau.
Rundingan pusingan kelima CAFTA versi 3.0 dijadual berlangsung pada 29 Januari hingga 2 Februari, disertai hampir 400 pegawai dari China dan negara ASEAN serta Sekretariat ASEAN.