- Lain-lain
AS, Britain Terus Serang Sasaran Houthi di Yaman
(CRI)Ahad 04 Februari 2024
Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan pusingan baharu terhadap sasaran kumpulan bersenjata Houthi di Yaman pada Sabtu.
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin menerusi satu kenyataan berkata operasi berkenaan dilaksanakan dengan sokongan Australia, Bahrain, Kanada, Denmark, Belanda dan New Zealand.
Menurut laporan New York Times, pakatan tentera AS dan Britain melancarkan serangan ke atas 36 sasaran membabitkan 13 lokasi di kawasan yang dikawal Houthi di Yaman.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2023 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang