- Lain-lain
Pelaburan China ke Luar Negara Naik 5.7 Peratus
Pelaburan langsung ke luar negara (ODI) China bagi tahun 2023 meningkat sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan merekodkan RMB1.04185 trilion (RM688 bilion), antaranya pelaburan langsung bukan kewangan naik sebanyak 16.7% dengan mencatat RMB916.99 bilion (RM605.73 bilion). Pelaburan langsung bukan kewangan dari sektor korporat China di negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) melantun sebanyak 28.4 peratus, dengan mencecah RMB224.09 bilion (RM148.02 bilion).
Urus niaga membabitkan projek kontrak di luar negara yang terlaksana sepanjang tahun 2023 meningkat 8.8%, dengan menokok RMB1.13388 trilion (RM749 bilion), sedangkan urus niaga membabitkan projek kontrak yang baru termeterai naik 9.5 peratus, mencecah RMB1.86392 trilion (RM1.23 trilion).
Secara terperinci bagi negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah BRI , urus niaga membabitkan projek kontrak yang terlaksana sepanjang tahun 2023 meningkat 9.8%, dengan menokok RMB930.52 bilion (RM614.66 bilion)), sedangkan urus niaga membabitkan projek kontrak yang baru termeterai naik 10.7 peratus, mencecah RMB1.60073 trilion (RM1.06 trilion).