- Lain-lain
AS Tidak Sepatutnya Bertindak Biadab di Ruang Siber Sejagat
Amerika Syarikat (AS) merupakan “sumber” risiko dan cabaran yang terwujud di ruang siber sejagat. China menggesa AS segera menghentikan tindakannya yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada Rabu sebagai respons terhadap laporan analisis mengenai keupayaan AS untuk mengancam keselamatan siber dan laporan analisis mengenai Kumpulan APT AS yang dikeluarkan Kumpulan Keselamatan Digital 360.
Kedua-dua laporan tersebut mendedahkan secara terperinci bagaimana kerajaan AS menggerakkan pelaksanaan strategi yang bersifat mengancam di ruang siber dalam senario global dan serangan siber yang dilancarkan AS dengan sewenang-wenangan terhadap pelbagai negara termasuk rakan sekutunya.
“Sebilangan besar kes dan bukti yang terperinci dalam kedua-dua laporan itu memperlihatkan bagaimana kerajaan AS bertindak biadab menjejaskan peraturan dan orde antarabangsa di ruang siber, membahayakan keamanan dan keselamatan ruang siber, bahkan menjejaskan kepentingan keselamatan dan pembangunan pelbagai negara termasuk China dengan menggunakan status hegemoni dan dominasinya di ruang siber,” kata Wang.
Wang turut menyifatkan pembelaan orde antarabangsa di ruang siber serta melindungi keamanan dan keselamatan ruang siber sebagai tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa.
“AS digesa berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan ruang siber yang aman, selamat, terbuka dan bekerjasama,” katanya.
- Jalan-jalan Bandar: Terokai Kehidupan di Bandar Pantai Xiamen
- Bas Tenaga Baharu China Beroperasi di Garisan Artik
- Selami Perjalanan Bunyi di Quanzhou Selami Perjalanan Bunyi di Quanzhou
- Kaunti Cao, Pengeluar Hanfu Terbesar di China
- Pengendalian Muatan di Pelabuhan Horgos Xinjiang Catat Rekod pada 2023