- Lain-lain
Iraq Sah Terima Surat AS untuk Tamatkan Misi Persekutuan Antarabangsa
(CRI)Rabu 21 Februari 2024
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al Sudani pada Selasa berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) yang menzahirkan keinginan untuk menyelaraskan jadual waktu bagi menamatkan misi persekutuan antarabangsa di negara itu.
Sudani berkata, Kedutaan AS dalam surat itu menyatakan pihaknya "bersetuju untuk melaksanakan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat di Washington", menamatkan misi persekutuan antarabangsa yang diketuai AS di Iraq.
Sudani menegaskan lagi bahawa kerajaan Iraq menolak untuk menjadikan negaranya itu menjadi platform konflik pelbagai pihak.
t
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2023 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang