- Lain-lain
Menteri Perdagangan China Bertemu Ketua Pengarah WTO
Menteri Perdagangan China Wang Wentao bertemu Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ngozi Okonjo-Iweala sempena persidangan peringkat menteri ke-13 WTO di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad.
Wang berkata China bersedia berganding bahu dengan semua pihak untuk menggerakkan persidangan itu mencapai lebih banyak hasil pragmatik.
China menyokong pemulihan mekanisme penyelesaian sengketa, penyusunan pelan kerja berhubung rundingan pertanian, respons terhadap tuntutan negara kurang maju dan negara membangun dalam keselamatan makanan, serta menggalakkan perjanjian fasa kedua mengenai subsidi perikanan dicapai.
China juga menyokong perjanjian pemudahan pelaburan dimasukkan dalam rangka kerja undang-undang WTO, tambah beliau.
Iweala memuji penglibatan konstruktif China dalam kerja WTO sehingga menyaksikan banyak rundingan beroleh hasil positif.
Beliau menanti-nantikan China terus memainkan peranan utama dalam rundingan berkenaan topik seperti pembaharuan mekanisme penyelesaian sengketa, supaya memberi lebih banyak sumbangan untuk menjayakan persidangan kali ini.
- WTO Anjur Sesi Meja Bulat 'Program China' ke-12
- China, Australia Sama Untung Selesaikan Isu Perdagangan Barli
- China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO
- Perdagangan Perkhidmatan Sejagat Berkembang Perlahan
- Anggota WTO Tamat Rundingan Teks IFA
- G20 Perlu Galas Tanggungjawab, Perjuangkan Pembangunan Global: Xi