- Lain-lain
Ekonomi China Tumbuh Stabil: NBS
Data terkini Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan permintaan pengeluaran meningkat dengan stabil, manakala pasaran pekerjaan dan harga barangan kekal mantap pada keseluruhannya bagi tempoh Januari hingga Februari.
Kualiti pembangunan terus bertambah baik dan operasi ekonomi mengekalkan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik.
Bagi tempoh sama, nilai tambah bagi industri berskala besar menokok tujuh peratus tahun ke tahun, iaitu 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding Disember lalu.
Jumlah keseluruhan jualan runcit barangan pengguna mencatat 8.13 trilion yuan (RM5.38 trilion), meningkat 5.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pelaburan aset tetap (tidak termasuk isi rumah luar bandar) di seluruh negara mencapai 5.08 trilion yuan (RM3.36 trilion), dengan peningkatan sebanyak 4.2 peratus.
Sementara itu, jumlah keseluruhan import dan eksport naik 8.7 peratus kepada 6.61 trilion yuan (RM4.38 trilion).
Purata kadar pengangguran yang ditinjau di bandar dan pekan dicatat pada paras 5.3 peratus.
- Keuntungan Perusahaan Besar Sektor Industri China Terus Meningkat
- Pemulihan Ekonomi China pada S1 akan Manfaatkan ASEAN
- KDNK China Langkaui RMB 121 T pada 2022
- PMI Pembuatan China Pamer Peningkatan
- PMI Pembuatan China Catat 50.1 Peratus pada Januari
- Peruntukan dalam R&D di China Melepasi RMB3 Trilion 2022
- Tawaran Peluang Kerja Baharu Sebanyak 12.06 Juta pada 2022